kali ni cerita trip aku ke US. Bertolak dari KLIA jam 3.15 petang...uissshh dapat dok business class mmg syok arr layanan mmg first class (bg aku la kan)..lagi best dok mai tanya "cik azura nak apa2"...ai rasa muda belia sekejapp :p... 4 jam kemudian singgah kat Taipei selama 1 jam setengah dan disambut dari keluar pintu flight oleh staff MAS (untung oo join trip mcm ni). kemudian bermulalah perjalanan yang amat jauh menuju ke LA tapi perut sentiasa terisi,kejap2 bg makan,kejap2 bg makan..sampai LAX pkul 6.30 pm(waktu US),sama gak wakil MAS jemput dari kluar kapal tu (heee ni bkn nak sambut aku,sbb big boss depa ada sama),bila kat imegresen aku kena pi dulu konon2 mcm aku wakil Kerajaan Malaysia, senang lepas yang lain dalam group tu..Selesai ambik bag suma, cergas menuju tempat makan (makan lagi..). kali ni kami dibawa ke restoran nasi briani dan dah kenyang suma check in westin hotel.
26 Oktober 2010
Aku mmg tak dapat tidoq, tengok tv lepas tu terlelap dalam 1 jam dan lepas tu mata taknak tutup dah. Pkul 11 pagi ke airport semula dan check in untuk ke Seattle. Perjalanan ke Seattle lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai dalam pkul 4.30 petang dan dijemput dengan limousin Boeing dan terus menuju hotel kat Downtown. Malam mmg tadak program apa-apa,aku pon sesaja kluar jalan2 kat kwsan yang dekat ngan hotel...balik bilik mmg tak leh tidoq gak..dalam pkul 10 tidoq dan terjaga pkul 1 lebih,lepas tu dah tak tidoq sampai pagi. Lepas subuh baru terasa ngantuk dan terlelap. Pkul 8.30 kluar kat area public market (dekat ngan 1st starbucks).
Petang baru start program.kami ke Boeing Field utk dengar taklimat dan sesi tgk 737-800 MAS dan program berakhir dalam pkul 5 ptg. Pastu balik hotel buat apa yang patu dan pkul 6.30 ke Columbia tower untuk signing ceremony dan habis pkul 8.30pm. yang bestnya program diaorang ni simple dan padat berbanding kita kat sini.balik bilik seperti biasa,mandi2 and kluar kejap (kan pi mana pon, alih2 bangunan tu jgk yang aku pusing,nak ajak arg lain takleh sbb masing2 sebok mtg n discussion).as usual,tidoq 3 jam jgk...ni yang dikatakan sleepless in seattle kot.
Hari ketiga mula pkul 10.30, pagi2 tu aku kluar ar jalan2 sat,cuci mata...10.30 terus ke Robsan, ni tempat Boeing buat kapat terbang yang saiz kecik narrow body mcm 737 ni...yang buat aku kagum adalah kelengkapan yang ada dalam kilang tu..perghhh mmg complete. Lepas tu ke Everret plak yang ni kilang Boeing yang paling besar..rasanya ni jugak kilang paling besar di dunia (katanya la)...Petang balik hotel dan siap untuk dinner @ yatch...makanan mmg best.
29 Oktober 2010
hari ni adalah hari penerbangan B737-800 MAS pertama dari Boeing Field ke Malaysia. Pukul 8.30 pagi dah kena kumpul sebab flight akan depart pkul 10.00 pagi. Selesai sesi bye2 kat pilot MAS, makan time! hari ni nasi beriani, sedapp... Lepas tu balik hotel dan 2.30 gerak ke Premium Outlet untuk shopping..pada mulanya hati gumbiraaa, wah time pilih bag mmg syiok, yang ini nak, itu nak...bila sampai kat cashier...apakan daya hari tu menjadi hari bodoh aku...sebab kad kredit tertinggal dalam jacket kat hotel... :( .. sib baik boss yg kebetulan ada kat blakang aku bagi guna kredit card dia..(boss org la bukan boss aku,boss aku kat opis masa tu)..thank you boss. Lepas tu mood shopping mmg hilang, sib baik cash agak byk jgk aku bawak utk shopping seterusnya...malam gerak utk makan ngan group mana tah..bukan boeing tp team yg supply system kot...
30 Oktober 2010
Gerak dari hotel ke airport pklul 10.00. Sampai kat LA, wakil MAS bawak pi lunch @ Belacan Grill..restoran org Malaysia..makanan mmg sedapp. Tak shopping @LA sbb dua2 org yang ada ngan aku tu nak datang holiday kat LA lg bulan Nov n Dec nnt...aku bila nak holiday @ LA plak?..heeee..last2 pi best buy...
31 Oktober 2010
Check in pkul 12.15 pagi.Bye2 LA.Sampai KLIA pkul 12.30 tgh waktu malaysia. yahoooo..
Ahamdulillah Allah bagi peluang untuk aku jejak kaki ke sana...harap lepas ni diberi peluang ke tempat lain pulak..aminnn