Saturday, August 1, 2009

Tag from QZ

1) Bila last kena marah?
malam tadi...(soklan kalo tukar bila last marah org mmg best..kena update tiap2 jam rasanya..heee)
2) Kena marah dengan siapa? Letakkan nama penuh beliau.
dengan anak aku. nama beliau : AMZAR
3) Apa tindakan anda bila kena marah?
tengok muka dia lelama...pas tu usik dia lagi...syok ooo
4) Apakah perkataan pertama yang keluar selepas anda dimarahi?
"hah...marah mama"...pas tu aku buat2 nangis dengan harapan dapat simpati..yes!!! berjaya..aku ngadu kat dia Azfar buat aku dulu sbb tu aku marah azfar tadi...last2 dia pusing dan marah adik dia (bahasa dia mmgg tak dpt ditulis tapi aku tak paham tapi apa yg dia sampaikan..)
5) Antara bentes kaki dengan pijak kaki, mana pilihan anda jika anda tidak bersalah?
aku tangkap dan peluk cium dia sampai dia jerit2...mmg bestttt
6) Rasanya, bila anda kena marah, anda akan lepaskan pada orang sekeliling kah? Atau siput tepi pasu? Atau pokok daun semaluu?
tgk apa yang terdekat lah...
7) Apakah ucapan anda kepada orang yang suka marah2?
teruskan..sesungguhnya meluahkan rasa marah dapat mengurangkan stres anda....yehaaa
8) Senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab tag ini.
anak aku....sebab diaorang slalu kena marah gak...ermmm sila rujuk no. 7

5 Ramadhan 1427

ni pulak aku try utk anak2 aku....
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 5 Ramadhan 1427 Hijrah iaitu pada hari Khamis. Maksud : Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
Sifat : Anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenali. Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat.
amin........moga anak-anak mama jadi anak yang soleh....

10 Rabiulawal 1398

..yang aku soka-soka buat kat FB...

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 10 Rabiul Awwal 1398 Hijrah iaitu pada hari Sabtu.
Maksud : Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
Sifat : Mempunyai perwatakan yang baik. Mungkin anda akan mendapat pangkat yang besar, menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tanpa diduga, Insya'Allah. Dalam pekerjaan ramai yang menyukai anda. Walau bagaimanapun, sifat negatif yang ada pada anda termasuklah kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
so..hati2...jgn buat aku marahhhh..huahua..

iklan iklan iklan...

Mone homestay di kuah langkawi
TERLETAK 4 KM DARI PUSAT MEMBELIBELAH KUAH,15 MINIT PERJALANAN DARI LAPANGAN TERBANG LANGKAWI,5 MINIT KE HOSPITAL LANGKAWI.15 MINIT KE PANTAI CENANG ,BERSEBELAHAN RESTORAN SRI LANGKAWI DAN ABANG MAN SEAFOOD.PERKHIDMATAN MENJEMPUT DARI AIRPORT DAN JETI KUAH.MENGURUSKAN KERETA SEWA.BAGI KELUARGA YANG INGIN MELANCONG TETAPI BUDGET RENDAH IANYA AMAT SESUAI TINGGAL DI SINI.MAI LA MESTI BERBALOI.KEMUDAHAN.2 BILIK KATIL DOUBLE, 1 BILIK DUA KATIL SINGLETILAM EXTRAKELENGKAPAN MEMASAK,PETI SEJUK,ALAT MEMASAK AIR,PINGGAN MANGKUK,KUALI,SETERIKA,TV,SOFA,SET BETAWI.RUANG TAMU YANG SELESA DAN RUANG DAPUR YANG SELESA.DUA BILIK AIR.CONTACT 0124748242 (TEMPAWAN)0174538470 (ISMAIL)SESUAI UNTUK KELUARGA.PELAJAR YANG MENJALANI "ROS" BOLEH JUGA MENYEWA MINGGUAN.HARGA MEMANG BERBALOI. RM199.00(BOLEH RUNDING MENGIKUT MASA BOOKING , BILANGAN ORANG DAN JUGA BERGANTUNG KEPADA MASA MEMBAYAR DEPOSIT)
so, kepada sesiapa yang berminat boleh contact terus sepupu aku ni...harga boleh dirunding tambah2 kalo ckp kawan aku..heeee...(kalo nak tgk gambar lg clear bleh google 'mone homestay'...

Saturday, June 6, 2009

Tag dari Queenz

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

pertama:
aku dilahirkan dan dibesarkan @ Langkawi (anak jati lkawi la konon)..tapi kebanyakan tempat pelancongan kat sana aku tak penah sampai...heee...thn 2006 aku ke geopark pon sbb aku buat sppII utk BMKD (kalo tunggu pi sendiri ntah bila la gamaknya)....tempat mkn pon sama..kalo kwn2 tanya aku kena roger2 ngan sedara mara aku kat sana la..sebab kalo blk kg aku slalu pi shopping ja..mkn pulak kat umah lg best...

ke 2
dulu2 pekerjaan yang paling aku takut adalah PEGUAM (peguam tak dak dlm list cita2 masa skolah ok).. sebab...huuuuhhuuu...terpengaruh ngan cita hindustan (layan ja)...kan kalo cita hindustan peguam slalu kena attack/bunuh ngan penjahat..bukan dia saja, habis satu famili peguam tu pon kena gak..kira kejam yang amatla bagi aku..takut weiii

ke 3
sekolah rendah - sekolah rendah kelibang (1985 - 1990)
sekolah menengah - sekolah menengah mahsuri (1991 - 1995)
diploma - uitm arau, perlis (1996 - 1999)
bba - uitm shah alam (1999 - 2001)
keja - MOF (2002 - present)
uish...kalo ikut kronologi (ya ka) tak kan sampai pencen aku kat mof ni kot....ampun.....
ke 4
aku penah jadi sales girl minyak wangi @ airport satu hari saja...kisahnya aku sentap ngan supervisor (kot) suruh aku tuck in kemeja..aku tak sukaaa (padahal masa tunggu result spm aku penah keja kat cafe hotel,pakai kemeja n skirt atas lutut tak kesah pulak...)..mungkin aku dah alim sket masa tu kot

ke 5
aku ni LT. Muda ...pentauliahan 18 mei 1999 kat UM....masa tu Almarhum sultan selangor yang bagi (dia YDPA )...tak sangka aku boleh betahan 3 tahun dlm ROTU..aku hentam masuk ja..nama ja cam lasak tapi gerimis slalu mengundang..heeee...hati gue tak kental beb...ada skali tu tgh CW (training open war) kat tgh2 bukit botak area sri iskandar aku menangis (boleh?) sebab masa tu aku jadi kopral (kira ketua seksyen la) n anak buah aku marah kat aku sebab..heee kami tinggal cangkul dia kat bukit sebelah (bukan salah aku k..dia yg tak ckp kat kengkawan lain masa dia p ambik mknan...mcm masalah besaq kan)...jenuh pas tu dok bersoal jawab ngan jurulatih..bengong!!!
ke 6
no badan aku dalam ROTU 7509712.....cuba teka siapakah kadet seblom aku.. 7509711.. hahahaha... MrA la..kuang kuang..tapi masa ni aku tak layan dia..aku tak perasan pon dia..(dia pon sama gak heee).. tapi dia bertahan 1 sem ja.. lepas tu kami tak penah betegur sapa smapai la jumpa blk thn 2002..... dan kawinnnn
ke 7
masa sekolah menegah aku ni aktif sukan jgk la (wakil sekolah ja)..aku suka lari jarak jauh n bola tampar...slalu aku akan masuk bila thn exam (kenapa ek?)..tapi masa form 6 (aku msk form 6 seblom itm) sorang cikgu marah aku sbb aku tak nak masuk olahraga..siap sound "ingat dengan result awak tu boleh pegi mana2" maksudnya aku tak kan dpt tawaran mana2 la.... terima kasih cikgu N... lega aku dpt kluaq dari situ..
ke 8
masa form 4 kan kena pilih elektif (aku mmg tak layak kelas sains la kan - study pon time berita ada hati)..disebabkan keputusan 'cemerlang' aku kena masuk kelas lukisan (sib baik bkn ERT -eko rumah tangga)..tapi aku ni bkn jenis berseni..jadi mintakla masuk kelas akaun..tau apa cikgu akaun cakap...."pelajar2 ni ASET jadi kita kena pilih yang betul2 layak untuk kelas ni" (masa ni aku tak tau ASET adalah term utk akaun)...ceh... mcm la suma bagus2 kat kelas tu...akhirnya aku boleh jgk masuk kelas akaun...tgk2 time exam aku top 5 jgk walopon aku bukan ASET dia...anyway terima kasih cikgu M...walopon dia mengajaq ikut buku teks sebijik2 sampai mengantuk la bdk2 kelas aku (termasuk aku la)
ke 9
aku suka cabaran..kalo org ckp sesuatu benda tu susah...aku akan cuba buat terbaik dan pastikan hasil yang aku dapat jugak adalah terbaik tak kira dalam hal apa skali pon...
ke 10
aku kawin tahun 2005 dan 28092006 aku dikurniakan anak kembar lelaki. Aku mmg tak penah tefikir akan mendapat anak kembar...alhamdulillah
ke 11
kalo ikut plan aku pilih 27092006 untuk ceaser tapi atas dasar nak tolong dr pelatih (jadi bahan ujian) maka aku postpone ke 28092006 ....tuhan maha kuasa..sepatutnya aku puasa mlm tu tapi aku sangat2 dahaga dah telah minum setengah jag air (ikut dr bius dia kata boleh minum tapi jgn air bergula..hee) dan bila sampai kat tmpt Q utk msk OT aku telah direject sbb minum air (walopon aku ckp kat dr aku minum setengah cawan ja)..maka balikla aku ke katil dengan berkaki ayam n MrA tak dak masa tu sbb p beli paper (ada pulak kan)...dan akan ditunda ke 29092006...tapi sbb si kembar nak tgk dunia 2809 gak..maka mlm tu jam 8.40 mlm dan 8.42 mlm dua2 selamat dilahirkan walopon AZF kena diberi bantuan oksigen.
ke 12
aku suka berangan...best ooooo.....aku slalu berangan aku ada duit yang banyakkkkk..syok ooooo
ke 13
aku rasa setakat ni pencapaian hidup aku dari segi diri, keluarga dan kerjaya tak memberangsangkan...walopon aku dah ada hb, anak dan kerja tapi aku rasa masih ada sesuatu yang belum aku jumpa dalam hidup aku ni...aku masih mencari
ke 14
aku seorang yang pendiam (sila pecaya)..aku akan kecoh bila dengan org2 yang aku selesa saja dan aku jugak agak memilih kwn2
ke 15
aku rasa aku seorang yang sangat setia...(kan abg kan)..kesetiaan aku sebagai isteri, mama, sahabat,pekerja dan sewaktu dengannya
ke 16
temperature aku cepat naik ooo...tapi skarang ni dalam proses menyejukkan suhu aku...kalo boleh nak happy saja...tak nak marah2 suma tu
ke 17
aku suka aktiviti riadah..bersukan tapi sejak ada anak mmg aktiviti aku terbatas...aku tak nak maid sebab aku rimas kalo ada org lain dlm umah (kecuali sedara la)...so aku kena lupakan semuanya...nak harap MrA pon tak boleh...(sapa soh kawin ngan polis weiii)...sebab keja no 1..famili? (soh MrA jwb la).....
Ke 18
aku suka no 18...sebab birthdate aku pon 18...kalo tak silap maksudnya Hari Kaya...tapi bilakah hari itu akan menjadi kenyataaannnnn...
ke 19
aku suka makan laksa...suka buat laksa sebab aku rasa puas makan laksa yang aku buat berbanding kalo aku beli (apa2 ja ayat aku ni)..sedapppppp ooooo laksa.... masa pregnant mmg tak leh langsung mkn laksa...ermmm tapi skarang anak2 aku sgt suka laksa...
ke 20
sekarang ni aku dalam proses mengecilkan saiz badan aku ni...doakan semoga aku berjaya...setakat ni ada la sikit perkembangan positif..berusahaaaaaaa
ke 21 - ke 25 adalah doa dan harapan aku
  • aku dapat sambung belajar (padahal panel dah soh aku prepare 3 thn sebelum apply)
  • dapat perform yang terbaik untuk portfolio aku sebagai kpsu
  • diberi ruang dan pelung untuk meningkatkan kualiti diri dan kerjaya
  • diberkati dan dihargai pengorbanan aku untuk keluarga kecil aku
  • menjadi seorang hamba ALLAH yang sentiasa berfikiran positif
  • (banyak lagi ni..tapi sebab 25..aku buat takat 25 ja lah)
-untuk sapa2 yang rajin tu sila lah buat tag ni ya..-

Saturday, May 23, 2009

bersawang

bukan laman sesawang aka web ya kawan-kawan...tajuk di atas adalah kesan drp penyakit malas update blog..orang nak berblog aku pon nak..heee...mmg banyak benda yang terjadi tapi malas nak tulis..
anyway hari jumaat lepas boss bgtau dia dh confirm kat post skarang + portfolio
..so..Sek I..tranformasi akan bermula....-matila kena efisyen-

Friday, March 6, 2009

kehamilan pertama tapi bb 2

1. was your first pregnancy planned?
planned. sbb lepas kawin terus kena pi DPA (kalo ngandung kena join batch lain)


2. what was your second choice name for your opposite gender name?
kalo boleh nak aisha..sebenaqnya bayak lagi lorr


3. what were your reactions?
happy...masa tau twins double happiness

4. how old were you?
28

5. how did you find out you were pregnant?
boss (dato' putih) kata nampak aku mcm ngandung pas dia ckp cam tu baru aku test ...+ve

6. who did you tell first?
MrA

7. did you want to find out the sex?
nak sangat..sebab dua orang kan..


8. due date?
10.10.06..masa ni tak tau twins pragnancy



9. did you have morning sickness?
bukan morning tapi malam...sampaila sembilan bulan (masa dok ward b4 operate ja tak)

10. what did you crave?
ice cream

11. who/what irritated you the most?
ikan...tapi kalo ikan keli yg dh digoreng boleh plak..first time mkn ikan keli masa ngandung la

12. what was your first child sex?
lelaki

13. did you wish you had the opposite sex?
mmg dok berangan pompuan sbb comei ja kalo kembaq pompuan. tgk nama pon nak tgk pompuan. tapi terima rezeki Allah bagi..lelaki ke pompuan ke alhamdulillah...

14. how many pounds did you gain throughout the pregnancy?
kalo utk twins pregnancy..kira tak banyak sangat la.. :p

15. did you have any complications during the pregnancy?
alhamdulillah..biasa2 saja

16. where did you give birth?
PPUM

17. how many hours you were in labor?
masuk OT kul 8 pm - 11.00 pm...

18. who drove you to the hospital?
MrA

19. who watched you give birth?
ramai gak tapi sorang pon aku tak kenal kecuali dr sofia

20. was it natural or C-section?
C-section

21. did you take medicine to ease the pain?
ntah apa yg dicucuk kat blakang pinggang aku ntah

22. how much did your child weight?
AMZ 2.0 kg , AZF 1.9 kg

23. when was you child actually born?
28.09.06..aku pilih 27.09, dr nak operate 29.09 tapi tuhan maha kuasa...

24. what did you name him/her?
aku suka ADAM ... tapi MrA nak letak MUHAMMAD sbb katanya dah doa mcm tu..jadila M A A...

Wednesday, February 4, 2009

5s

tau apa itu 5s?
sisih - susun - sapu - seragam - sentiasa amal
hari ni juga bilik aku wujud tape merah kat carpet kaler biru...
otak aku jadi tepu (ada alasan aku tak buat memo..hehehe) sebab aku tak suka kalo lantai aku ada garisan2 ngan tape merah plak untuk setiap barang, yang tak tahan bakul sampah pon ada kawasan sendiri tau...jgn main2...pusing blakang ada merah, tunduk bawah ada merah, tengok sebelah tina pon ada merah..siap kwsn pasu pokok pon depa nak lekat gak tape tu..waaaaa...
mungkin kepala otak aku mengambil masa untuk terima keadaan ni..next week ok dah kot..apapun semoga mendapat sijil 5s untuk mof...
hee..esok ada gotongroyong secara besarbesaran katanya..ehem ehem :p

Tuesday, February 3, 2009

uitm dihatiku...

seingat aku, last aku kat uitm arau (masa tu itm lagi) April/Mei 1999...so kebetulan masa on the way balik dari kg hari tu..kami singgah jap kat sana..konon2 nak imbau kenangan masa tahun 1996 - 1999 kat sana la...mula2 aku tak excited sgt nak pi tapi bila sampai sana aku plak yang gedik lebih...heee..so jom kita tgk..

kolej pertama - Beringi 67 (1 semester)
housemate - azah, kak sob, siti fatimah, emma, azie,nafisah,salmah, dila, jue, masliza,yanti
(ada gambar ngan suma depa ni tapi suma pakaian tak lepas kategori 'U"- tapi aku sorang ja sopan 'tolong pecaya key')


ni plak kolej Mayang (1997 - 1999)
bilik aku yang no. 2(tengah) M304 kot (ka M303??tak brapa ingat)
Roomate tetap aku adalah azah (sebab kami ROTU - so dapatla kolej ni, jiran aku sally ngan abob, ila ngan roomate dia aku tak ingat gak)
aku soka dok kat kayangan tu walopon penat naik tangga tapi aku rela
hah!! yang ini dewan kayu (ada kipas ja tau - patut la result aku tak brapa ok kalo amik exam kat sini..alasan!!!)....waktu exam kumpul ramai2 depan dewan,then ada sorang kawan 'nama rahsia' dia suka mai kat kawan2 lain dan dekatkan kepala dia ngan kepala kita...transfer ilmu katanya..boleh? - mak sapa tah?
lepas exam pi makan buboq jagung kat cafe tepi dewan ni..


ni plak namanya mushroom (apapasaipanggilnamanipontaktau)
kegunaannya untuk....mmmm....aku tak tau fungsi sebenaq tapi slalu aku tengok lelaki dok jumpa pompuan pas tu pi makan2 kat kedai blakang (sila pecaya bahawa aku tak terlibat ok tapi MrA slalu la aku nampak kat sini..haaaa buat apa tu???)



Ni Dewan Makan...alhamdulillah dengan ada dewan ni, jimat duit aku...kat sini jugak la slalu potong Q sebab ramai sangat member kat depan... :p

ok..setakat ni dulu aku nak buat program sisih plak...

Friday, January 30, 2009

kongsi

heeee...walopon dua2 tidoq tapi tetap nak pegang bantal yang satu...

Curtain

curtain kat bilik

curtain kat bawah jugak


curtain kat bawah



curtain bilik aku

suma curtain ni telah berjaya dijahit oleh ai dengan bantuan 2 hero yang sanggat supportive bila kain-kain tu dibentangkan.. ashihh utk azf & yuuu utk amz sebab suka sgt lari2 bila mama start bentang kain... lain kali tolong lagik ekkkk
(ni la hasil keja aku last year..this year,tunggguuuu...)











Wednesday, January 28, 2009

Update

19.01.09 - 20.01.09 aku dapat MC sebab sakit mata..bukan sakit mata yang merah2 tu.. tapi sakit mata mcm ada ketumbit tu...heee.. sebelum jumpa dr aku target dapat mc satu hari saja sebab dr mmg susah sgt nak bagi mc kat aku...masa dr tanya nak pecahkan tak bengkak kat mata aku cakap tak mo sebab aku mmg penakut bab2 mcm tu...pas tu dr kata dia bagi ubat ja lah kalo mcm tu... dr tanya"puan keja?" aku jawab..."ha'ah keja".."kalo mcm tu saya bagi mc 2 hari"...yahooooo!!!!..kalo dr tu tgk muka aku masa tu mau dia cancel ja mc rasanya..ahaaaa
tapi disebabkan aku nak ambik surat JPA pasal PAC @ INTIM maka aku melangkahkan kaki jugak pi opis...dah ambik surat tu malas plak nak balik umah..buat keja sket (heee siap jgk 2 paper - yg dh ada draf ari tu). Petang bawa AZF ke klinik @ Bangi..lama siot tunggu turn..mcm klinik gomen..dah la mata aku sakit sib baik AZF pandai layan diri main ngan kengkawan
21.01.09 aku mintak balik awal sebab petang dah nak geran ke INTIM ngan Amy.. aku tompang dia la...kami bermalam kat RIC sebab INTIM dah penuh masa tu.
22.01.09 daftar..memang best jumpa kengkawan...tapi aktiviti yang padat tu buat rasa tak best...masa ni mmg aku rindu ngan anak2 sbb mmg lama aku tak jauh dengan budak bedua tu...
24.01.09 - selesai sudah PAC dan harap2 aku lepas la PAC ni..tak mo repeat lorrr..

Friday, January 16, 2009

Al Fatihah

AlFatihah...
Tadzim bin Ismail
25.05.1952 - 12.01.2009
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama-sama orang beriman
** Saya & keluarga mengucapkan terima kasih atas doa dan sumbangan anda semua**

Thursday, January 8, 2009

yang mana satu...

1. ~ 2 bulan 2. ~ 1 hari 3. ~ 2 tahun 4. ~ 2 tahun 1 bulan
**alamak!!ada nama plak...**

Wednesday, January 7, 2009

teamwork...

Amz Azf <1 year

anak-anak mama..mmmuaahhhhhhh

Blue

COLOR PERSONALITY
Blue
Blue personalities are peaceful and soothing. They can, however, become very suspicious and melancholic- it is not recommended they have anything to do with industries where a smile on your face is vital. Their positive associations include trust, faithfulness, and stability. They are at their best when they are helping loved ones expand their minds and hearts.
ish ish...konfius la...macam tak kena saja ngan aku...

Friday, January 2, 2009

Tahun 2009

sempena tahun 2009, dengan ini saya berikrar untuk kuatkan semangat,memerah otak (ye la tu) dan jari jemari ku ini untuk mencatatkan apa-apa saja yang saya rasa boleh dikongsi dalam blogspot ni...(azuan ali kata dia dah ada blog sebab dah celik it...aku?ermmmm)
semoga berjaya! berusaha!

Thursday, January 1, 2009

WELCOME

Welcome welcome
2009
februari18.blogspot.com

Mengimbau 2008

Januari/Februari/Mac

  • sesi berposing sefamili untuk ruang DuniaKembar PA&MA. tq to Hasnita Sawal
  • alhamdulillah dapat kelulusan M44(M) start 20.12.2007
  • Birthday MrA dan juga birthday ai (tambah umoq + hadiah...hee)
  • ptk hancussss
  • heee...gambaq kami sefamili dah kluaq kat PA&MA..(tapikan..ai nampak gemoook tau..sebenaqnya kuruih sket dari dlm gambaq tu)
  • bad news: boss(T) & boss(K) bertukar ke Unit Khas..tak best tau...ai soka boss bedua ni..

April/Mei/Jun

  • balik kg ai..bukan slalu dapat balik tau..
  • pindah umah dari umah bertingkat-tingkat ke umah semiD. umah ai ujung skali, sib baik jalan blakang dah siap kalo utan mau ai mintak umah lain..ya lah ai ni kan penakut tahap gaban kalo balik keja..kemas + basuh apa yang patut pas tu sebelom kul 1900 ai ngan anak2 mesti ada kat atas dan tak dak istilah turun sampai la kul 0600 esoknya..kalo nak apa2 kirim ja kat MrA..heee (tu la sapa soh cita yang bukan2 psal pokok tu la pokok ni la..hambikkkk..aku yg sosahh) tapi la ni dah ok sket...

Julai/Ogos/September

  • buat pertama kali aku ada mesin jahit sendiri (gigih tau blajaq ngan roomate, sib baik ai ni jenis terang hati..lalalala)
  • baju pertama telah siap...(sebenaqnya dulu masa sekolah penah jait baju kurung tapi ai ni kan penyabaq...so asyik tesalah pasang ja...nyampah lerr..sib baik kali ni dapat buat ngan jayanya)
  • dapat siapkan eyelet curtain kat hall (satu ja) ngan kat bilik...(umah ni byk sangat sliding door la..alasan!!!)-terima kasih kepada roomate yang gigih mengajar ai..tapi tak pa ai ni terang hati..huahuahua
  • Happy 2nd Birthday untuk anak-anak mama - thanks zue for the cake (miki)
  • tahun ni dapat jait baju raya sendiri, baju kurung ngan baju melayu johor kat my heroes

Oktober/November/Disember

  • malam raya baru bertolak dr Putrajaya (MrA keja lorr)
  • raya ke 3 balik kg ai plak
  • tukar portfolio (darat) - dulu laut
  • lulus ptk
  • epf
  • settle hutang (tapi masih ada saki baki lagi)