Wednesday, December 1, 2010

Hujung Tahun

Uishhh dah jejak bulan 12 la...tahun ni banyak lagi cuti2 mesia...mungkin sebab kurang cuti menjaga anak..sampaikan cuti Deepavali hari tu bleh plak aku isi borang cuti (bajet banyak cuti - banyak la bg aku sbb slalu mmg ngam2 ja)...hari tu datang lagi borang utk plan cuti hujung tahun 2010, apakah?maka dalam tepaksa aku pangkah untuk 5 hari...atau mungkin cancel sbb time cuti sekolah ni malas nak jalan2...next year la kot
**anak2 besiap sakan nak pi sekolah skarang ni,maklomla..org cuti tp depa kena pi sekolah gak tapi tak pakai uniform**

Saturday, November 6, 2010

kul-lax

kali ni cerita trip aku ke US. Bertolak dari KLIA jam 3.15 petang...uissshh dapat dok business class mmg syok arr layanan mmg first class (bg aku la kan)..lagi best dok mai tanya "cik azura nak apa2"...ai rasa muda belia sekejapp :p... 4 jam kemudian singgah kat Taipei selama 1 jam setengah dan disambut dari keluar pintu flight oleh staff MAS (untung oo join trip mcm ni). kemudian bermulalah perjalanan yang amat jauh menuju ke LA tapi perut sentiasa terisi,kejap2 bg makan,kejap2 bg makan..sampai LAX pkul 6.30 pm(waktu US),sama gak wakil MAS jemput dari kluar kapal tu (heee ni bkn nak sambut aku,sbb big boss depa ada sama),bila kat imegresen aku kena pi dulu konon2 mcm aku wakil Kerajaan Malaysia, senang lepas yang lain dalam group tu..Selesai ambik bag suma, cergas menuju tempat makan (makan lagi..). kali ni kami dibawa ke restoran nasi briani dan dah kenyang suma check in westin hotel.



26 Oktober 2010



Aku mmg tak dapat tidoq, tengok tv lepas tu terlelap dalam 1 jam dan lepas tu mata taknak tutup dah. Pkul 11 pagi ke airport semula dan check in untuk ke Seattle. Perjalanan ke Seattle lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai dalam pkul 4.30 petang dan dijemput dengan limousin Boeing dan terus menuju hotel kat Downtown. Malam mmg tadak program apa-apa,aku pon sesaja kluar jalan2 kat kwsan yang dekat ngan hotel...balik bilik mmg tak leh tidoq gak..dalam pkul 10 tidoq dan terjaga pkul 1 lebih,lepas tu dah tak tidoq sampai pagi. Lepas subuh baru terasa ngantuk dan terlelap. Pkul 8.30 kluar kat area public market (dekat ngan 1st starbucks).

Petang baru start program.kami ke Boeing Field utk dengar taklimat dan sesi tgk 737-800 MAS dan program berakhir dalam pkul 5 ptg. Pastu balik hotel buat apa yang patu dan pkul 6.30 ke Columbia tower untuk signing ceremony dan habis pkul 8.30pm. yang bestnya program diaorang ni simple dan padat berbanding kita kat sini.balik bilik seperti biasa,mandi2 and kluar kejap (kan pi mana pon, alih2 bangunan tu jgk yang aku pusing,nak ajak arg lain takleh sbb masing2 sebok mtg n discussion).as usual,tidoq 3 jam jgk...ni yang dikatakan sleepless in seattle kot.



Hari ketiga mula pkul 10.30, pagi2 tu aku kluar ar jalan2 sat,cuci mata...10.30 terus ke Robsan, ni tempat Boeing buat kapat terbang yang saiz kecik narrow body mcm 737 ni...yang buat aku kagum adalah kelengkapan yang ada dalam kilang tu..perghhh mmg complete. Lepas tu ke Everret plak yang ni kilang Boeing yang paling besar..rasanya ni jugak kilang paling besar di dunia (katanya la)...Petang balik hotel dan siap untuk dinner @ yatch...makanan mmg best.

29 Oktober 2010
hari ni adalah hari penerbangan B737-800 MAS pertama dari Boeing Field ke Malaysia. Pukul 8.30 pagi dah kena kumpul sebab flight akan depart pkul 10.00 pagi. Selesai sesi bye2 kat pilot MAS, makan time! hari ni nasi beriani, sedapp... Lepas tu balik hotel dan 2.30 gerak ke Premium Outlet untuk shopping..pada mulanya hati gumbiraaa, wah time pilih bag mmg syiok, yang ini nak, itu nak...bila sampai kat cashier...apakan daya hari tu menjadi hari bodoh aku...sebab kad kredit tertinggal dalam jacket kat hotel... :( .. sib baik boss yg kebetulan ada kat blakang aku bagi guna kredit card dia..(boss org la bukan boss aku,boss aku kat opis masa tu)..thank you boss. Lepas tu mood shopping mmg hilang, sib baik cash agak byk jgk aku bawak utk shopping seterusnya...malam gerak utk makan ngan group mana tah..bukan boeing tp team yg supply system kot...

30 Oktober 2010

Gerak dari hotel ke airport pklul 10.00. Sampai kat LA, wakil MAS bawak pi lunch @ Belacan Grill..restoran org Malaysia..makanan mmg sedapp. Tak shopping @LA sbb dua2 org yang ada ngan aku tu nak datang holiday kat LA lg bulan Nov n Dec nnt...aku bila nak holiday @ LA plak?..heeee..last2 pi best buy...

31 Oktober 2010

Check in pkul 12.15 pagi.Bye2 LA.Sampai KLIA pkul 12.30 tgh waktu malaysia. yahoooo..

Ahamdulillah Allah bagi peluang untuk aku jejak kaki ke sana...harap lepas ni diberi peluang ke tempat lain pulak..aminnn

Wednesday, October 20, 2010

20102010

tengok tarikh kengkonon best la hari nih... serius tak besttttt..ingatkan bleh kursus dengan huhhhaaanya tapi apakan daya..byk pulak aktiviti hiliran kena buat. Semalam tuang 2 session sbb pi interview visa (interview sempoi ja tp dari mula nak masuk sampai keluar mcm2 plak prosedur, adaka jam aku yang cantik jelita nih dia tak bagi pakai,soh simpan dlm bag). Pepagi dapat msg soh masuk opis sbb ada keja urgent kena buat...ingat boleh pass kat psu tapi nak dijadikan cerita dia plak MC...kesudahnnya aku la kena masuk office, burn satu session lagi. dah sampai BK, sesi bertelefon start dari kui 11 sampai 2.30...ayooo...ptg pon sambung lagi...kesimpulannya hari ni baldi ilmu aku kosong. la ni kat opis pulak nak discuss dengan colleague sket sbb dia kena cover aku utk hari2 seterusnya. Tak sedap hati ar kalo aku asyik teringat keja2 aku yang org lain kena buat..kesian plak..Pasca Budget Speech punya halll....harap esok bleh berkursus dengan tenang semula...

Saturday, October 9, 2010

L-U-L-U-S

LULUS
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lulus apa mak cik oiiii...ohh..ptg semlm susk *** msg "dah lulus"
jadinya, dengan rasmi aku leh pi US (padahal seblom dpt greenlight pon aku dh buat passport n apply visa -konpidennn tu!!) tp ada satu stage lg baru selesa sket..
selasa next week kena pi interview visa plak..harap2 tak banyak songeh laaa embassy yerr
actually tadak la happy sangat...tp ni kira first time aku keluar dari tanahair laaa..cuak pon ada
terima kasih MAS kerana menaja saya ke sana..kalo tunggu gomen sponser, tak tau lg bila
doakan urusan aku berjalan lancar...
nota:byk nak cerita ttg kehidupan aku tapi tak sampai seru lagi

Monday, August 23, 2010

welcome back!!!

lama tak menulis...tutup kejap blog. Bila penyakit M menguasai diri,susah nak elak..heee..Tiba2 mood nak update mari plak hari ni...tak pasti sama ada kejap atau lama..